Kesimpulan Salah laku jalan raya

Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya. Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang buruk, penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi yang memecahkan benteng moral pemandu. Bagi menyelesaikan masalah salah laku jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan ā€œ 3 Pā€, iaitu pendidikan, pengundangan dan penyelidikan. Akhir sekali, pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.